Thursday, February 11, 2010

DEFINISI BLOG

Perkataan blog berasal daripada dua perkataan Inggeris yang terdiri daripada web dan log yang dipendekan dan digabungkan menjdai satu istilah "blog". Istilah "weblog" dipekernalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997 manakala singkatan perkataan "blog" diperkenalkan oleh Peter Merholz.

Monday, February 1, 2010

WEB 2.0



 PENGENALAN

Kini Web 2.0 sering kali kedengaran di internet dan merupakan salah satu perkara yang perlu diketahui oleh semua pihak terutamanya para pelajar.

DEFINISI WEB 2.0 

Definisi secara tepat tentang Web 2.0 tidak dapat dikenal pasti secara tepat kerana kewujudan istilah tersebut bermula selepas kehadiran ciri-ciri Web 2.0 yang ada pada internet atau WWW (World Wide Web)
Namun begitu, ada pihak yang menyatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan kepada sosial networt atau jalinan sosial antara pengguna seperti dalam blog. Kewujudan RSS di dalam blog menyebabkan maklumat dapat diaplikasikan, dikumpul dan dikongsi bersama dengan pengguna blog yang lain atau pelayar internet yang lain.

O’Reilly dan Medialive International pula menjelaskan bahawa Web 2.0 merupakan sebuah platform bagi sesuatu aplikasi. Hal ini bermakna software atau perisian yang terdapat dalam media internet dengan bantuan web browser dan tidak perlu dimuat turun terlebih dahulu seperti software yang lain.

 CIRI – CIRI WEB 2.0

Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer destop merupakan salah satu ciri Web 2.0. Hal ini bermakna perkara tersebut boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak perlu muat turun software seperti aplikasi javascript, java applets, php dan lain-lain. Ciri ini dapat dilihat menerusi apabila website seperti YouTube, iTunes dan lain-lain dibuka anda dapat melihat aplikasi tersebut secara real-time.

         Membolehkan penjunjung memberi pandangan,komen dan menulis artikel turut merupakan ciri web 2.0. Hal ini dapat dilihat menerusi blog, forum, freindster, MySpace dan Squidoo. Ciri ini tidak terdapat dalam Web 1.0 kerana pengunjung hanya membaca artikel pada website.

        Ciri Web 2.0 yang seterusnya ialah membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Antara platform yang boleh digunakan ialah MyBlogLog untuk blogs atau add a friend seperti yang terdapat pada Friendster atau MySpace. Perkara in berbeza dengan link biasa kerana terdapat kaitan dengan interactive seperti yang terdapat dalam MyBlogLog membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian di antara pengguna yang lain.

         Disamping itu, penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog merupakan salah satu ciri web 2.0. Hal ini membolehkan memberi maklumat kepada pengunjung apabila sesebuah site dikemas kini. Oleh itu, pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari sekiranya pemilik site tersebut ada menulis artikel yang baru.

        User-friendly interface merupakan salah satu ciri Web 2.0. Hal ini tidak seperti web 1.0 yang tidak user-friendly, tetapi Web 2.0 sites akan memudahkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Perkara ini dapat lihat menerusi Friendster yang melibatkan pembinaan site untuk Friendster adalah mudah.

PERBEZAAN WEB 2.0 DENGAN 1.0
Perbezaan yang dapat dilihat menerusi web 2.0 dengan web 1.0 ialahweb 2.0 lebih bersifat keterbukaan dan dua hala. Hal ini bermakna wujud komunikasi dua hala antara pengguna web 2.0 yang berbeza dengan web 1.0 yang lebih bersifat satu hala sahaja. Menerusi web 2.0 pengguna boleh memberi komen atau pandangan serta artikel. Di samping itu, pengguna juga boleh berhubung antara satu sama lain yang tidak terdapat pada web 1.0 kerana pengunjung atau pengguna hanya boleh membaca artikel pada seseutu website yang dikunjungi atau dilihat.


SUMBANGAN WEB 2.0 DALAM BLOG
Penggunaan web 2.0 dalam blog dapat dilihat menerusi komunikasi dua hala antara pengguna. Hal ini dapat dilihat menerusi pengguna dapat menulis komen dan pendapat pada blog yang dikunjungi. Di samping itu, pengguna juga dapat mengisi maklumat peribadi dan melihat kaitan di antara pengguna yang lain

KRONOLOGI PENGGUNAAN WEB 2.0 DAN WEB 1.0

WEB 2.0
Pengguna komputer=> lihat RSS Reader => melayari website=> baca/lihat=> meletakkan komen /tulis posting/edit kandungan / upload gambar => lihat komen rakan lain=> balas komen => tinggalkan website=> tutup browse

WEB 1.0
Pengguna komputer => melayari website=> baca/lihat => tinggalkan website => tutup browse


Wednesday, January 20, 2010

Web 2.0

Kegelapan langit menandakan hujan akan turun. Itulah persoalan yang bermain difikiran sebelum saya keluar dari rumah untuk pergi ke kelas mts1022. Namun begitu, saya melangkah dengan hati yang ikhlas untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Setibanya di kampus hujan telah turun dengan lebat. Oleh itu, saya terpaksa mencari alternatif lain untuk sampai ke kelas walaupun agak lewat dan separuh kebasahan. Namun itu semua tidak melemahkan semangat saya untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Setelah sesi pengajaran mengenai blog selesai, kami dirahkan untuk mencari bahan atau maklumat yang berkaitan dengan web 2.0. Hal ini demikian kerana web 2.0 merupakan salah satu daripada tugasan kami dalam kursus mts1022.

Salam

Kursus MTS1022 merupakan salah satu kursus yang diambil oleh warga UPSI yang berminat untuk mempelajari bidang yang berkaitan dengan blog dan laman web. Hal ini bertetapan dengan objektif yang terkandung dalam kursus ini.

Kursus ini akan mendedahkan saya kepada teknologi maklumat di samping memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna dalam kehidupan dan kerjaya kelak. Oleh itu, saya akan memanfaatkan dengan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi menerusi kursus ini.